Assalamualaikum.




Sekitar pertengahan tahun 1960-an, drama bersiri Fajar di Bumi Permata (FDBP)terbitan Bahagian Pembangunan dan Pertanian Radio TV Malaysia (RTM) begitu amat digemari ramai.. Kisah yang berlatar belakangkan kehidupan harmoni para peneroka ditanah rancangan FELDA Bukit Putera. Penyumbang skripnya agak ramai dan silih berganti  FDBP berupaya mempertahankan kesinambungan bertahun-tahun. Mereka merupakan kelompok pengkarya yang begitu memahami kehidupan peneroka dikala itu dan begitu memahami kehendak dan kemahuan penerbit juga tentang perkembangan Felda ketika itu. Dari begitu ramai penulis dan penyumbang skrip yang konsisten ialah M.Z.Halim Hassan,meskipun penerbitnya silih berganti seperti Aziz Singah Kini Dato,Sani Ahmad,Rahman Adam, Mohd Arif Shah, Norela Samad dan ramai lagi penerbit yang sudah tidak dapat diingat lagi nama-nama mereka maklumlah sekarang usiaku dah pun 67. Sebenarnya aku di lahirkan  di Kampong Tandop Batu 3, Alor Setar Kedah pada 14 hb. Mac 1944. Masa dulu adalah ramai yang angan-angan kononnya Tandop akan menjadi Tandop city - jadi City tu taklah tetapi sekarang dalam tahun 2010 dah pun  jadi Pekan Kecil. Aku mendapt pendidikan awal dibeberapa buah sekolah di Negeri Johor termasuk Segamat dan lain-lain.(1951- 1956) manakala Sekolah Menengah pula di Negeri Kedah  terutama sekali di MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID ALOR SETAR  KEDAH (1957- 1962). Sebenarnya aku ni anak POLIS  SEBAB TULAH BERPINDAH RANDAH.




Selesai sahaja bersekolah aku menjadi guru Sementara,sementara pun dekat-dekat 10 tahun juga oiii. Haa aku pernah jadi Guru Sekolah Keb. Kuala Pegang, Lanai, Bukit Raya Dalam, Tandop dan di Bukit Raya Dalam aku dipanggil Master tau kerana mengajar Bahasa Inggeris. Lepas tu bekerja pula di Persatuan Guru-Guru Melayu Negeri Kedah PGMK di bangunan Guru Jalan Pegawai. Lama juga tu - Dalam masa tulah cuba berhijrah ke Kuala Lumpur tapi Panas tak sampai kepetang rupanya Hujan di senjakala./




Pernah tinggal dirumah Allahyarham Ahmad Haji Hassan (Ahmadi Hassan) ketika berjinak-jinak dengan RTM di Angkasapuri Kuala lumpur dan disinilah menimba Ilmu dalam Lakunan Radio bersama penerbitan Musa  AlBakri, Aziz Singgah dan lain-lain\lagi. Suasana dan kehidupan di Kuala Lumpur tidak selari dengan kehidupan\ di Alor Setar\ oleh kerana \keadaan \tidak \mengizinkan\ tinggalkan \Kuala Lumpur, tinggalkan Angkasapuri dan baliklah semula ke Alor Setar.BERTUGASLAH di Koperasi Bumiputera Kedah Berhad.




 Kecendurangan dan minat dalam bidang Drama pentas telah lama berputik sebelum jatuh cinta dan jatuh hati
dalam bidang penulisan Drama Radio lagi. Yang peliknya, siapa pun tak sangka siapapun tak menduga kerana
semasa di sekolah dulu, tak minat langsung, belakun, tak minat langsung menulis malah Bahasa  Mslsysia pun
tak ketahuaan hala.Cuma kata orang bak cempedak menjadi nangka - minat dam kecenderungan menjadi
jadi ketika mengajar di Bukir Raya, ketika mengajar di Tandop - dah mula jadi PENGARAH Pentaslah pula.




Popularitinya semakin meningkat dan semakin menjadi-jadi\bila mula berkecipung dengan Badan kesenian UMNO Kedah Utara yang ditubuhkan dalam Tahun 1969. Sumbangannya semakin bermakna apabila Badan Kesenian ini berjaya dalam Pertandingan Drama (Teater)  yang disertainya. Penglibatan dalam  Lakunan Pentas  mendorong untuk menghasilkan skrip Drama Pentas kemudian Skrip Drama radio. Melalui Radio banyak skrip dihasilkan lebih dari seribu lebih kalau dicampurkan dengan Fajar tak tau nak cakaplah tentulah semakin banyak bilangannya.




Penghasilan skrip Drama Radio merupakan percubaan untuk lari dari penulisan skrip drama pentas dan percubaanya juga untuk beralih dari penulisan berita dan rencana kerana sekitar 1970-an saya sebenarnya menulis untuk beberapa akhbar dan majalah. Pernah  menjadi penulis untuk akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan   pernah menjadi penulis tetap untuk akhbar harian Utara Bintang Timur.


Skrip pertama untuk penulisan Drama Radio berjudul " Antara Dua Simpang "  terbitan Hashim Embi dari Radio Malaysia Pulau Pinang.  Kemudiannya di Kuala Lumpur, RTM Ipoh Perak .  Skrip terus dilebarkan kerancangan Panggung Drama  dan lain-lain. Rancangan seperti  No 5 Persiaran 1, Permatang Jingga, Setitik Peluh Segunung Intan, Keluarga Cik Gu Zainun. Apabila RTM Alor Setar mula beroperasi di Bangunan Persekutuan tenaga ini diperlukan dengan penghasilan skrip dan turut serta berlakun. Rancangan seperti Kuning-kuning di Kuala, Serambi Pak Andak dimana watak Nyan yang saya pegang dalam rancangan ini
semakin popilar. Bendang Pak Sahak drama bersiri paling lama di Radio Malaysia Pulau Pinang. Radio Malaysia Ipoh dengan Drama Bersiri Muafakat Membawa Berkat dan Siri Kisah Balai Polis bersama Noorjaya.  Sempat juga memberi khidmat Bakti sebagai Juruhebah bertugas sambilan hampir 3 Tahun di RTM Alor Setar.




 Selain dari menggarap skrip Drama Radio sempat juga menghasilkan skrip drama pentas seperti Senja Merah, Tanjung Chali, Al-Kisah, Panglima Hitam manakala Skrip Awang Tok San di adaptasikan dari Novel Karya Noorjaya dan dipentaskan sempena Perkampongan Penulis Zon Utara di Alor Setar pada tahun 1998.
Dalam tahun 1993 pernah bergabung tenaga dengan Saudara Murad Ibrahim mementaskan Pantodra (Pantomin Drama ) BERSATU MENUJU WAWASAN karya Abdul Halim Yaacob sempena menyambut Hari Kebangsaan  Malaysia yang ke 36.








 1969  peristiwa yang sukar dilupakan sewaktu pulang dari Kuala Lumpur bersama kumpulan Badan Kesenian UMNO Kedah Utara selepas daripada selesai beraksi dalam Drama TV berjudul DERAI  Peristiwa 13 Mei 1969  Kerajaan telah mengistiharkan Darurat  seluruh Negara  dan akibat perintah berkurung tersebut terperangkap bersama rakan-rakan di Sungai Petani  Kedah .Tahun 1992  pernah tidur dalam kereta kerana rosak pulang dari perjumpaan penulis di Angkasapuri Kuala Lumpur.




Banyak kenangan pahit manis yang pernah dilalui.........semasa bergelar anak seni. Satu ketika , diberikan tugas dan tanggung jawab untuk mengarah teater MAHSURI bercorak Purba dan bakal dipentaskan di Riau Indonesia untuk sambutan  31 hb, Ogos  1996. Persembahan dari 31 Ogos - 04 September. Para pelakun cuma mempunyai masa latihan selama 20 hari sahaja. Ini sebenarnya bagi memenuhi permintaan Konsulat Malaysia di Riau sempena sambutan hari Ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali yang ke 39.




Turut menjayakan isteri sendiri, Aziza Turaihah Ahmad dan lapan orang siswi Universiti Utara Malaysia[UUM] sebagai kumpulan penari. Semasa pementasan tersebut, dibantu oleh Mohd Fadzil Datuk Shaari, seorang koreografer yang juga rakan karib ketika itu merupakan pegawai kebudayaan di UUM. Pengenalan dengan Mohd Fadzil bermula ketika terlibat dalam menjayakan teater berjudul Rimba. Persembahan diadakan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Bangi sempena pertemuan mahasisiwa Universiti Association of South East Asian Nasions [ASIAN]. AL-FATIHAH buat Saudara Mohd. Fadzil Shaari -ketika saya menulis ini dia telahpun kembali kerahmatullah.




Dalam pada itu, telah beberapa kali dijemput oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan negeri Kedah menerusi majlis teater negeri Kedah [TEMA KEDAH]. Sebagai panel juri dan pengacara pekan teater di Kedah dan Perlis. Selain beraksi di belakang tabir sebagai penulis skrip, pengarah pentas telah beberapa kali diberi peluang beraksi di hadapan kamera menerusi rancangan Drama Minggu Ini, Potret Pekerti, turut memegang pelbagai watak dalam drama yang disiarkan di TV Malaysia sejak hitam-putih sehingga 2000. Bakat dan pengalaman sebagai pelakon di TV membuka ruang untuk memegang watak tambahan di layar perak. Antaranya filem Langit Petang [1980], Sumpah Mahsuri [1989].








Semasa Kumpulan Bangsawan mula-mula ditubuhkan di Negeri Kedah Darul Aman saya juga merupakan salah seorang yang menjadi pengasasnya bersama dengan Saudara Murad Ibrahim dan lain-lain rakan di Kedah. Sempat juga berjuang dengan Kumpulan Bangsawan Seri Kedah yang turut sama-sama dirintis dalam tahun 1987. Walaupun sudah agak lama tidak bersama kumpulan ini tapi masih mengikuti perkembangan dan masih menjadi ahli kepada perkumpulan ini kalau masih diterimalah. Kali terakhir terlibat dengan  gerakan teater ialah pada 2007 selaku pengadil teater bersama Dr.Samat Salleh, Murad Ibrahim dalam Pertandingan Teatar antara Pusat Pengajian Tinggi  di Universiti Teknologi Mara (UITM) Merbok, Kedah.La ni kalau panggil pun tak sakit demam pi jugak KALAU JEMPUTLAH.




Selain aktif di arena pentas pernah diberikan penghormatan untuk menduduki badan-badan  bukan Kerajaan seperti Ahli Jawatankuasa ASASI Angkatan  Sasterawan  Nasional  Kedah , Setiausaha Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad , Setiausaha J/Kuasa  Qariah Masjid Al-Ihsan Seberang Perak 2004 - 2011 dan Setiausaha J/Kuasa Masjid Al-Ali juga di Seberang Perak (2011 ).








Seandainya masih ada pihak atau pihak tertentu yang memerlukan pertolongan serta bantua atau  bimbingan  dalam apa sahaja bidang yang pernah disentuhkan diatas tadi bolehlah berhubung dengan  saya Insya Allah Ilmu yang ada contoh-contoh yang ada dan apa saja yang boleh sanggup diterapkan kepada sesiapa sahaja yang inginkan Ilmu  ini. Insya Allah. Cuma satu sahaja harapan LAKUKAN SEMUA KERJA DENGAN JUJUR DAN IKLAS INSYAALLAH  TUHAN  tahu niat dan isikandungan hati anda.


*Diambil daripada petikan majalah.

;;